Khamis, 15 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya






Pasti Al-Hasanah telah mengadakan jamuan Hari Raya pada 14 Okt 2009 bersamaan 25 Syawal 1430 yang lepas. Majlis ini diadakan sempena menyambut bulan syawal selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.

Majlis kelihatan berseri dengan pelajar lelaki berpakaian baju melayu sementara pelajar perempuan berbaju kurung yang berwarna-warni. Majlis dimulakan dengan doa memohon agar jamuan ini mendapat keberkatan dari Allah swt.

Selesai bacaan doa, pelajar dijamu dengan kuih raya yang dibawa oleh pelajar beserta ketupat dan rendang yang disediakan oleh pihak PASTI.


Selesai menjamu selera, majlis diceriakan lagi dengan persembahan nyanyian lagu raya oleh para pelajar. Di akhir majlis palajar mendapat duit raya dari Muallimah masing-masing. Keseronokan jelas tergambar di wajah pelajar sepanjang majlis di adakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan