Khamis, 18 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul PASTI Al-Hasanah dan Al-Hikmah 2010

Majlis ceramah Maulidur Rasul telah diadakan pada 14 Mac 2010, disertai oleh Ibubapa pelajar PASTI Al-Hasanah dan Al-Hikmah. Majlis diadakan di PASTI Al-Hikmah Taman Tuanku Jaafar, Seremban Negeri Sembilan. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Zul.



Majlis menjamu selera selepas ceramah. Kebanyakan juadah adalah sumbangan Ibubapa pelajar PASTI


Penyampaian cederamata oleh guru-guru kepada pelajar-pelajar sebelum berangkat pulang. Pastikan jangan pulang dengan tangan kosong.

Suasana diHari Pendaftaran 2010

Suasana PASTI Al-Hasanah dipagi Hari Pendaftaran pada 4 Januari 2010. Berwajah baru dengan pertambahan satu blok bagi memastikan keselesaan pelajar.


Wajah-wajah pelajar yang baru berdaftar. Tenang sahaja nampaknya. Baru nampak seorang sedang menangis sedang dipujuk oleh Guru PASTI. Orang kata kalau tak ada pelajar yamg menangis pada hari pertama tidak meriah sekolah. Betul ke.....?


Ibubapa sedang menunggu giliran mendaftar anak masing-masing. Alhamdulillah, pelajar PASTI bagi tahun ini makin bertambah iaitu seramai 65 orang. Itu pun ada yang terpaksa ditolak atas sebab ruang kelas yang terhad dan untuk mengelakkan kesesakan dan ketidakselesaan pelajar.