Ahad, 13 Disember 2009

Ekspo Pendidikan Islam

Pada Al-Hasanah telah menyertai Ekspo Pendidikan Islam Negeri Sembilan 2009 yang diadakan di Masjid Bandar Baru Senawang pada 13 Disember 2009.

Barang yang dipamerkan di Boot PASTI

Dataran ekspo

Ahad, 22 November 2009

Konvo PASTI Kawasan Rembau 2009

Hari Kecemerlangan Pelajar PASTI Kawasan Rembau 2009 telah diadakan di Dewan SRK(C) Sin Hua, Jalan Rahang, Negeri Sembilan D.K. pada 15 November yang lalu.Beberapa persembahan telah disampaikan oleh pelajar-pelajar setiap PASTI Kawasan Rembau. Pelajar Pasti Al-Hasanah telah mengadakan persembahan hafazan berserta terjemahan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Hj. Taufek bin Abd. Ghani, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi.




Antara IbuBapa yang hadir
dan pentas Penyampaian Sijil










Pelajar yang hadir

dan peserta persembahan






Khamis, 5 November 2009

Jamuan Hari Lahir Pelajar

Suasana Jamuan Hari Lahir Puteri Nur Ramadhani, Pelajar Pasti Al-Hasanah pada 04 November 2009. Jamuan adalah Sumbangan Ibubapa Pelajar.





Majlis dimulai dengan bacaan doa.




Puteri Yang Di Raikan

Tak sabar nampaknya pelajar kita nak menjamu selera.

Khamis, 15 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya






Pasti Al-Hasanah telah mengadakan jamuan Hari Raya pada 14 Okt 2009 bersamaan 25 Syawal 1430 yang lepas. Majlis ini diadakan sempena menyambut bulan syawal selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.

Majlis kelihatan berseri dengan pelajar lelaki berpakaian baju melayu sementara pelajar perempuan berbaju kurung yang berwarna-warni. Majlis dimulakan dengan doa memohon agar jamuan ini mendapat keberkatan dari Allah swt.

Selesai bacaan doa, pelajar dijamu dengan kuih raya yang dibawa oleh pelajar beserta ketupat dan rendang yang disediakan oleh pihak PASTI.


Selesai menjamu selera, majlis diceriakan lagi dengan persembahan nyanyian lagu raya oleh para pelajar. Di akhir majlis palajar mendapat duit raya dari Muallimah masing-masing. Keseronokan jelas tergambar di wajah pelajar sepanjang majlis di adakan.

Selasa, 11 Ogos 2009

Pesta Sukan PASTI Malaysia


Slide di Pesta Sukan PASTI Malaysia yang diadakan di UNISEL, Selangor pada 19 dan 20 Jun 2009

Isnin, 1 Jun 2009

Pasti Al-Hasanah wakil N.Sembilan

Pasti Al-Hasanah akan mewakili Negeri Sembilan dalam acara bola jaring peringkat Kebangsaan di Selangor setelah berjaya menjadi Johan bagi acara ini antara pasti-pasti di peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan di Dataran Jemapoh, Kuala Pilah pada 30 Mei 2009 yang lalu. Pasti Al-Hasanah yang bertindak cemerlang dengan mengalah pasti dari Kawasan Jempol dan Kuala Pilah di peringkat liga seterusnya menjadi Johan kumpulan. Diperingkat separuh akhir pula Pasti AL-Hasanah telah menewaskan Pasti Telok Kemang dan seterusnya Pasti Seremban di Peringkat Akhir dengan jaringan 9 berbalas 2. Bagi acara bola sepak pula Pasti kawasan Seremban telah berjaya menjadi Johan. Peringkat kebangsaan akan pada 19 -20 June 2009 di UNISEL, Selangor.










Bergambar sebelum berjuang









Aktiviti memanaskan badan







Persiapan terakhir perbarisan








Jaringan maut






Cubaan memasukkkan bola





Berehat selepas penat berjuang










Pemain terbaik Bola Jaring Peringkat Negeri Sembilan







Beberapa aksi jaringan

Selasa, 26 Mei 2009

Pasti Al-Hasanah Johan Bola Jaring



Pasti Al-Hasanah telah menjadi Johan dalam acara bola jaring dalam kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring antara Pasti Peringkat Kawasan Rembau yang telah diadakan pada 26 April 2009 di padang serbaguna Flat Seroja, Taman Tasik Jaya, N.Sembilan. Pertandingan yang sertai 6 Pasti Kawasan Rembau bertujuan memilih Pasti yang benar-benar layak mewakili Kawasan Rembau menyertai pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring peringkat Negeri Sembilan. Sementara dalam acara bola sepak Pasti Al-Hasanah telah mendudki tempat ketiga di bawah Pasti AL-Mustaqim (Johan) dan Pasti Al-Hazim (Naib Johan). Majlis ini juga diceriakan lagi dengan kehadiran YB. Taufek, wakil rakyat Dun Rembau. Pasukan bola Jaring Pasti Al-Hasanah dan Pasukan bola sepak Pasti Al-Mustaqim akan mewakili Kawasan Rembau ke Kejohanan Bola Sepak & Bola jaring antara Pasti Peringkat Negeri Sembilan yang akan berlangsung di Dataran Jemapoh, Kuala Pilah pada 30 Mei 2009 ini.

Rabu, 20 Mei 2009

Sukaneka Pasti Kawasan Rembau

Pada 29 Mac 2009 yang lalu Kawasan Rembau telah mengadakan temasya sukaneka di Stadium Tertutup Paroi. Sebanyak 7 pasti seluruh kawasan Rembau telah menyertai temasya ini.
Acara dimulai dengan perbarisan masuk padang . Beberapa acara telah diadakan seperti tarik bola dengan gelong, lari bawa bola, lari dalam guni dan banyak lagi. Segala acara berjalan dengan lancar dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Penyampaian hadiah adalah acara kemuncak temasya ini. Pasti Al-Hasanah turut memenangi beberapa pingat dalam acara sukaneka tersebut.






Selasa, 19 Mei 2009

MATLAMAT PENUBUHAN PASTI

Matlamat Am

  1. Mengembalikan pemafahaman masyarakat umum kepada kepentingannya pendidikan islam dan meransang kepekaan kebangkitan Islam sejagat.
  2. Mengadakan pendidikan awal (pra-sekolah) bagi melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia.
  3. Menyediakan wadah awal pendidikan berorentasikan harakah Islamiah untuk jangka masa panjang.
  4. Menjadi pusat untuk membentuk fikrah masyarakat yang sedang mengalami dan menghadapi keruntuhan aqidah dan akhlak akibat dari serangan ideologi sekular dan kebendaan.
  5. Menyedarkan masyarakat umum tentang hakikat tarbiyah Islamiyyah beristiqamah dan beriltizam dengan Islam.

Matlamat Khas

  1. Menyedar dan meningkatkan kesempurnaan Tauhid agar beramal dengan setiap kebaikan yang diredhai Allah dan RasulNya dan meninggalkan setiap kemungkaran yang dimurkai Allah S.W.T.
  2. Membentuk peribadi insan agar mencontohi peribadi mulia Rasulullah s.a.w.
  3. Memberi galakkan kepada kanak-kanak secara intensif agar mereka dapat menjiwai fitrah kelahiran manusia dan mengabdikan diri hanya kepada Allah.
  4. Memberi kesedaran betapa pentingnya bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian terutamanya bahasa Al-Quran

PRASARANA PASTI AL-HASANAH