Sabtu, 13 November 2010

Konvokesyen PASTI Kawasan Rembau 2010

Konvokesyen PASTI peringkat kawasan telah diadakan pada 12 November 2010 (Hari Jumaat) Pusat Dakwah Islamiyah, Paroi. Majlis yang bermula pukul 8 malam telah disertai oleh semua Pasti dari kawasan Rembau. Majlis dirasmikan oleh Ketua Pemuda Negeri selaku Penaung PASTI Negeri.


Antara Ibubapa dan VIP yang hadir


Pelajar Pasti Al-Hasanah sedang mengadakan persembahan zikir Asma Ul-Husna


Pelajar berbaris di luar dewan sebelum penyampaian sijil


Upacara penyampaian sijil bermula


Ibubapa juga dijemput naik ke pentas bagi pelajar yang mendapat tempat pertama hingga ketiga

Jumaat, 24 September 2010

Sambutan Hari Raya 2010


Suasana sepanjang majlis sambutan Hari Raya 2010, PASTI Al-Hasanah telah diadakan pada 24 September 2010.






Sabtu, 22 Mei 2010

Sukaneka Kawasan Rembau 2010

Sukaneka Kawasan Rembau 2010 telah diadakan pada 4 April 2010 di Sekolah Kebangsaan Senawang, Negeri Sembilan.

Dengan pernyertaan buat pertama kalinya dari semua PASTI kawasan Rembau, menjadikan program ini lebih meriah. Acara dimulakan bacaan ikrar, nyanyian lagu Pasti dan Perbarisan.


Sebanyak 10 acara Sukaneka telah dipertandingan. Diantaranya lari dalam guni, lari bawa bola, lari susun tin dan lari pecut 50 meter. Pasti Al-hasanah telah memenangi acara lari bawa pundi kacang lelaki (Johan), Lari bawa baton lelaki(Johan)dan perempuan (Naib Johan), lari bawa bola lelaki (Johan) serta Lari pecut 50 meter lelaki dan Perempuan (Naib Johan).
Acara Penutup telah dirasmikan oleh ketua pemuda Negeri Sembilan, Ustaz Khairil Anuar Wafa. YB Haji Taufek, ADUN Paroi turut sama menyaksikan acara yang dipertandingkan dan menyampaikan hadiah.




Khamis, 18 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul PASTI Al-Hasanah dan Al-Hikmah 2010

Majlis ceramah Maulidur Rasul telah diadakan pada 14 Mac 2010, disertai oleh Ibubapa pelajar PASTI Al-Hasanah dan Al-Hikmah. Majlis diadakan di PASTI Al-Hikmah Taman Tuanku Jaafar, Seremban Negeri Sembilan. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Zul.



Majlis menjamu selera selepas ceramah. Kebanyakan juadah adalah sumbangan Ibubapa pelajar PASTI


Penyampaian cederamata oleh guru-guru kepada pelajar-pelajar sebelum berangkat pulang. Pastikan jangan pulang dengan tangan kosong.

Suasana diHari Pendaftaran 2010

Suasana PASTI Al-Hasanah dipagi Hari Pendaftaran pada 4 Januari 2010. Berwajah baru dengan pertambahan satu blok bagi memastikan keselesaan pelajar.


Wajah-wajah pelajar yang baru berdaftar. Tenang sahaja nampaknya. Baru nampak seorang sedang menangis sedang dipujuk oleh Guru PASTI. Orang kata kalau tak ada pelajar yamg menangis pada hari pertama tidak meriah sekolah. Betul ke.....?


Ibubapa sedang menunggu giliran mendaftar anak masing-masing. Alhamdulillah, pelajar PASTI bagi tahun ini makin bertambah iaitu seramai 65 orang. Itu pun ada yang terpaksa ditolak atas sebab ruang kelas yang terhad dan untuk mengelakkan kesesakan dan ketidakselesaan pelajar.