Konvokesyen PASTI peringkat kawasan telah diadakan pada 12 November 2010 (Hari Jumaat) Pusat Dakwah Islamiyah, Paroi. Majlis yang bermula pukul 8 malam telah disertai oleh semua Pasti dari kawasan Rembau. Majlis dirasmikan oleh Ketua Pemuda Negeri selaku Penaung PASTI Negeri.
Sabtu, 13 November 2010
Jumaat, 24 September 2010
Sambutan Hari Raya 2010
Suasana sepanjang majlis sambutan Hari Raya 2010, PASTI Al-Hasanah telah diadakan pada 24 September 2010.
Sabtu, 22 Mei 2010
Sukaneka Kawasan Rembau 2010
Sukaneka Kawasan Rembau 2010 telah diadakan pada 4 April 2010 di Sekolah Kebangsaan Senawang, Negeri Sembilan.
Dengan pernyertaan buat pertama kalinya dari semua PASTI kawasan Rembau, menjadikan program ini lebih meriah. Acara dimulakan bacaan ikrar, nyanyian lagu Pasti dan Perbarisan.
Sebanyak 10 acara Sukaneka telah dipertandingan. Diantaranya lari dalam guni, lari bawa bola, lari susun tin dan lari pecut 50 meter. Pasti Al-hasanah telah memenangi acara lari bawa pundi kacang lelaki (Johan), Lari bawa baton lelaki(Johan)dan perempuan (Naib Johan), lari bawa bola lelaki (Johan) serta Lari pecut 50 meter lelaki dan Perempuan (Naib Johan).
Acara Penutup telah dirasmikan oleh ketua pemuda Negeri Sembilan, Ustaz Khairil Anuar Wafa. YB Haji Taufek, ADUN Paroi turut sama menyaksikan acara yang dipertandingkan dan menyampaikan hadiah.

Khamis, 18 Mac 2010
Sambutan Maulidur Rasul PASTI Al-Hasanah dan Al-Hikmah 2010
Majlis ceramah Maulidur Rasul telah diadakan pada 14 Mac 2010, disertai oleh Ibubapa pelajar PASTI Al-Hasanah dan Al-Hikmah. Majlis diadakan di PASTI Al-Hikmah Taman Tuanku Jaafar, Seremban Negeri Sembilan. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Zul.
Suasana diHari Pendaftaran 2010
Suasana PASTI Al-Hasanah dipagi Hari Pendaftaran pada 4 Januari 2010. Berwajah baru dengan pertambahan satu blok bagi memastikan keselesaan pelajar.
Wajah-wajah pelajar yang baru berdaftar. Tenang sahaja nampaknya. Baru nampak seorang sedang menangis sedang dipujuk oleh Guru PASTI. Orang kata kalau tak ada pelajar yamg menangis pada hari pertama tidak meriah sekolah. Betul ke.....?

Langgan:
Catatan (Atom)